
BISMILLAH HIRROHMANIRROHIM
TAQWA secara umumnya adalah perkara yang telah lama hilang dari umat Islam. Ia berlaku sejak tujuh ratus tahun dahulu bermula dari kejatuhan empayar Islam. Sebab itu, mulai peristiwa tersebut, umat Islam terhina di mana-mana. Bukan kita tidak berjuang, bukan kita tidak berbuat, bukan kita tidak berusaha dan bukan kerana kita tidak berani tetapi hasil yang kita dapat dari perjuangan dan usaha kita itu tidak padan dengan tenaga yang kita curahkan dan tidak berbaloi.
Ibarat orang menanam padi beratus ekar, hasilnya hanya beberapa guni sahaja sedangkan dalam Islam ada kaedah untuk mendapat hasil yang berlipat ganda. Kita boleh tanam padi satu ekar tetapi hasilnya berpuluh-puluh guni. Inilah rahsia tersirat yang mesti kita bongkar. Kita kena kaji kenapa ada orang menanam sedikit tetapi hasilnya banyak. Dan ada pula orang menanam banyak tetapi hasilnya sedikit.
Umat Islam mesti mengubah cara berfikir. Kita mesti tanam cita-cita Tuhan dan cita-cita Rasul dan hendaklah kita berfikiran luas. Kita mesti ingat bahawa dalam ajaran Islam, syariat mahupun bantuan yang datang dari Tuhan ada yang berbentuk lahir dan ada yang berbentuk batin. Selama ini kita hanya tahu dan mengkaji yang lahir sahaja. Kalaupun kita dapat bantuan dari Allah, kita hanya dapat yang berbentuk lahir iaitu yang sedikit sahaja. Hanya setakat 10% maksimum. Bantuan yang bersifat batin dan ghaib yang nisbahnya sebanyak 90% kita tidak dapat.
Padahal inilah kelebihan umat Islam terdahulu di zaman Sahabat, Tabiin, Tabit Tabiin dan para salafussoleh. Mereka banyak dibantu dengan bantuan-bantuan batin dan bantuan-bantuan ghaib. Mereka tahu rahsianya dan mereka tahu kaedahnya. Iaitu mereka bersandar kepada Allah dengan mengusahakan dan menjadi orang yang bertaqwa. Mereka hanya berbuat 10%. Yang 90% lagi Allah yang cukupkan.
"Jika ilmumu bertambah atau Allah memberikan jabatan yang lebih tinggi kepadamu, bersikaplah rendah hati, niscaya engkau memperoleh kebahagiaan yang agung dan suatu kedudukan yang menjadi dambaan banyak manusia." (Syaikh Bakr bin Abdullah Abu Zayd)
Ilmu dan keadilan Allah selalu menyertai hamba-Nya. Kasih sayang-Nya senantiasa menyelimuti kehidupan mereka yang beriman dan kebijaksanaan-Nya selalu mengiringi langkah mereka. Namun kelalaianlah yang telah menjadikan manusia itu lupa akan semuanya. Bukan hanya sekadar lupa –di mana itu lebih ringan–, namun lupa diiringi dengan penentangan terhadap kebijaksanaan Allah l serta melanggar segala perintah dan larangan-Nya. Kasih sayang Allah l mereka balas dengan berbuat keji dan berbuat zalim, padahal kasih sayang Allah l meliputi segala sesuatu.
pada hakikatnya ibadah apapun yang kita lakukan mestilah karena allah karena inilah kunci amal ibadah kita diterima karena iman adalah percaya,percaya bahwa setiap kebaikan akan dibalas kebaikan(surga) didunia dan akhirat sedangkan kejahatan akan dibalas kejahatan(neraka) didunia dan akhirat.
firman allah'
Imam Qatadah mengatakan, “Sesungguhnya Al-Qur’an menunjukkan penyakit kalian
dan sekaligus menunjukkan pula obatnya. Adapun penyakit kalian adalah dosa-dosa
yang kalian kerjakan, sedangkan obatnya adalah istighfar.”
Wallahul Musta`an.
Jazakhumullahu khairan katsiran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar